

My previous artwork at " Open Studio Gudang 2006", collaboration mural at a big box in Gudang, Damansara.
Artist - Fazli Othman, Bakir Baharaom, Poodien, Fadly Sabran, Aziz Tasrif
"Saya melukis landskap,
Landskap suram dengan imajan yang minimal.
Ia menimbulkan keluasan ruang dan beremosi - sepi, sunyi dan misteri.
Namun kehadiran subjek di hadapannya memberi interpretasi yang berlainan.
”Itik pulang petang” adalah satu perumpamaan Melayu tentang sejauh mana kita pergi atau mengembara,kita pasti akan pulang ke tempat asal.
Catan ini mempersoalkan tentang ”hakikat” dalam kehidupan kita seharian."
"Penggunaan ikon budaya, corak, simbol, metafor dan teks diterjemahkan dalam catan ini dengan komposisi yang simeterikal. Metode poster sebagai satu pendekatan, di mana ia berfungsi menyampaikan mesej terhadap masyarakat. Sama ada ianya satu maklumat, kenyataan, amaran, kempen, atau propaganda. Mesejnya ialah untuk mewujudkan sikap ’Patriotik’ ’Nationalisma’ kepada masyarakat majmuk Tanah Melayu ketika itu untuk menentang PENJAJAH.
Ayuh, Lawan Musoh!"